Fajar Sidiq Sdn. Bhd

Mengenai Syarikat

Fajar Sidiq Enterprise Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera. Nama syarikat mungkin kedengaran agak unik tetapi ia dipilih sebagai satu simbol memberi gambaran permulaan sesuatu perkara dan ia bakal memberikan cahaya atau perkembangan serta kemajuan yang diharapkan. Berdasarkan idealisme serta kesesuaian tersebut nama FAJAR SIDIQ menjadi pilihan.

Pihak syarikat kami mempunyai kakitangan yang cukup serta peralatan yang lengkap bagi memastikan kerja-kerja yang diberi dan diarahkan dapat berjalan dengan lancar dan efisien. Para pekerja kami telah diberikan pembahagian tugas masing-masing supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan teratur. Mereka juga sering diberi peringatan agar sentiasa melaksanakan tugas dengan amanah, teratur dan penuh dedikasi.

Penyediaan peralatan yang lengkap yang diperlukan seperti lori Roll On Roll Off dan lori Compactor, perkakas membersih dan mencuci serta mesin-mesin kejuruteraan ini dapat memastikan kerja-kerja berjalan dengan lancar. Kerja-kerja kejuruteraan juga turut dijalankan dimana guna tenaganya adalah yang berkemahiran, berpengetahuan serta berpegalaman dalam bidang tersebut.

Walaupun masih baru dalam bidang perniagaan, Fajar Sidiq Enterprise Sdn Bhd mempunyai azam, usaha serta kesungguhan untuk meningkatkan prestasi dan kemajuan syarikat dari masa ke semasa. Kami penuh yakin yang kami mampu untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan-pelangganya. Kami juga yakin dengan keprihatinan serta kepekaan perkembangan persekitaran mampu membantu pihak berwajib dalam menangani alam sekitar kini disamping turut melahirkan guna tenaga yang berpengetahuan luas dalam kerja-kerja kejuruteraan

Mission

We partner with our customers and communities to manage and reduce waste from collection to disposal while recovering valuable resources and creating clean, renewable energy

button-request-quote

Vision

"Customer's Satisfactory is Our Quality"
  •  About Us
  •  Our Expertise
  •  Document
  •  Gallery
  •  Contact
  •  Maps

logo-fajar-small

No. 23, Bengkel Double Volume, Jalan Keluli 5
Pasir Gudang Johor 81700 Malaysia
Email: admin@fajarsidiq.com    
Phone: 607-2555400/401