Mengenai Myceramah.Com
1.   Myceramah.com merupakan sebuah portal video yang memuatkan video-video ceramah dan kuliah agama. Kesemua video ini dibeli dalam format VCD/DVD daripada pengedar VCD/DVD agama kemudiannya di muat naik kedalam server myceramah.com.
2. Kesemua ceramah ini hanyalah tayangan Ihsan sahaja atas nama pendidikan dan dakwah, bukan untuk dijual. Tiada sebarang yuran atau apa-apa bayaran dikenakan. Sekiranya anda berminat untuk membeli atau menjual ceramah-ceramah ini, sila hubungi penerbit ceramah berkenaan.
2.   Tujuan myceramah memuat naikkan kesemua ceramah-ceramah ini sekadar untuk pendidikan dan dakwah dan bukannya bagi tujuan komersial.
3.   Sekiranya ada diantara ceramah ini adalah hak milik anda. Anda berhak meminta supaya ceramah tersebut dibuang atau dipadamkan. Walaubagaimanapun kami pohon agar membenarkan kami menayangkan ceramah ini atas nama pendidikan dan dakwah kepada ummah. Moga Allah membalas jasa baik budi Tuan/Puan.
4. Footer pada Video Ceramah yang tertera www.myceramah.com bukanlah bermakna ia adalah hakmilik atau hakcipta mutlak myceramah.com. Tetapi adalah sekadar rujukan kepada para pengunjung yang mendownload video-video ceramah dari portal ini. Ia juga sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan video-video ceramah yang didownload dari portal ini dijual kepada pihak awam. Ini kerana kesemua Video ceramah yang terdapat didalam portal ini hanya untuk tujuan pendidikan bukan perdagangan.
Mengenai ceramah-ceramah yang dimuat naik kedalam portal ini.
1.   Setiap kuliah yang menyentuh perkara-perkara politik, furu’iyyah hendaklah diterima dengan berlapang dada. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan isi yang disampaikan oleh para penceramah, sila abaikan rakaman ceramah tersebut.
2.   Setiap penceramah mempunyai pendekatan berbeza dalam menyampaikan ceramah-ceramah mereka. Pihak myceramah.com tidak berkuasa memaksa para penceramah mengubah pendekatan mereka mengikut kehendak setiap pengunjung portal. Oleh yang demikian sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana penceramah mengenai pendekatan mereka, sila ajukan terus kepada penceramah tersebut atau abaikan rakaman ceramah mereka.
3.   Sekiranya ada hal-hal berbangkit di dalam isi penyampaian yang disampaikan oleh para penceramah, adalah anda dinasihatkan anda mendapat nasihat daripada para alim ulama yang di iktiraf
4.   Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan, begitu juga dengan para penceramah. Sekiranya terdapat kesalahan dalam memetik ayat-ayat al-quran, hadith dan sebagainya, anggaplah ia satu kesalahan yang tidak perlu kepada hukuman berbentuk celaan dan hinaan.
5.   Semoga apa yang baik daripada isi kandungan ceramah ini dapat kita menafaatkan bersama.
InsyAllah.
Penerbit Myceramah.Com
Sebarang soalan atau pertanyaan, sila emailkan kepada Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Â